Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Sentul | Convent Sentul Secondary School
Pendidikan berfokus untuk kecemerlangan pelajar.
Pembentukan akhlak dan sahsiah dalam meningkatkan kualiti hidup.
Kami warga Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Sentul dengan penuh iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan tenaga kami untuk:

Memastikan semua murid menerima PdPc mengikut masa yang diperuntukkan dan patuh kepada peraturan sekolah.

Mewujudkan murid yang bersahsiah mulia, inovatif, kreatif, produktif dan holistik.

Mewujudkan murid yang berketerampilan melalui pencapaian cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah.

Mewujudkan suasana sekolah yang ceria, bersih, harmoni, selesa dan selamat.

Membina tabiat kerja yang positif, bertanggungjawab dan sistematik.

Menanam perasaan muhibah, bersatu padu, bekerjasama, hormat-menghormati, sayang-menyayangi antara kakitangan, ibu bapa dan masyarakat.

Memastikan semua murid mendapat peluang menyertai kegiatan kokurikulum.

Memastikan semua murid berhak mendapat kemudahan sekolah dan pinjaman buku teks.
Tiap-tiap pengalaman yang bakal anda peroleh di SMKCS bukan hanya akan menjadi satu memori semata-mata sebaliknya akan membentuk diri anda kearah yang lebih baik
“Mulakan niat dengan niat yang jelas untuk mengubah nasib diri, untuk memperbaiki diri serta mencapai kecemerlangan.”