Pendidikan berfokus untuk kecemerlangan murid.
Aktiviti bagi perkembangan minda dan personaliti murid.
Pembentukan akhlak dan sahsiah dalam meningkatkan kualiti hidup.
Kami warga Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Sentul dengan penuh iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan tenaga kami untuk:

Memastikan semua murid menerima PdPc mengikut masa yang diperuntukkan dan patuh kepada peraturan sekolah.

Mewujudkan murid yang bersahsiah mulia, inovatif, kreatif, produktif dan holistik.

Mewujudkan murid yang berketerampilan melalui pencapaian cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah.

Mewujudkan suasana sekolah yang ceria, bersih, harmoni, selesa dan selamat.

Membina tabiat kerja yang positif, bertanggungjawab dan sistematik.

Menanam perasaan muhibah, bersatu padu, bekerjasama, hormat-menghormati, sayang-menyayangi antara kakitangan, ibu bapa dan masyarakat.

Memastikan semua murid mendapat peluang menyertai kegiatan kokurikulum.

Memastikan semua murid berhak mendapat kemudahan sekolah dan pinjaman buku teks.
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Menyediakan pendidikan yang relevan, inklusif dan berdaya saing.

Melahirkan individu berilmu, berakhlak dan berdaya saing.

Membangunkan bakat, kemahiran dan sahsiah secara menyeluruh.

Menyumbang kepada kemajuan dan kesejahterean negara.

Bersama menuju masa depan negara yang makmur.
Kecemerlangan Esok, Kesejahteraan Selamanya